sedikit teNtaNg aku

PeriNgaTan Yg AkAn SlaLU dI InGaTi~
" jgn terlalu berasa terikat @ memiliki"

Friday, November 26, 2010

huJAn.. :)

sejuk..nyaman..segar..
aku suka sangat2 hujan...
selepas hujan, pokok yang layu menjadi segar,
tanah yang kering kini basah kembali disirami hujan,
satu perasaan nyaman yang sukar nak dgambarkan..
ssungguhnya hujan merupakan ciptaan tuhan yang tidak ternilai harganya..
hujan merupakan satu rahmat,
yang membawa sejuta nikmat kepada semua makhluk

hujan juga mengingatkan aku tentang semua kenangan masa silam
yang akan terus kekal menjadi memori indah di dalam ingatan~

- LoVE HuJaN-

Thursday, November 25, 2010

o..o...

kata orang cakap siang pandang2
apa yang harus dipandang....?
rasanya aku faham apa yang orang cuba katakan.
haissshh dah banyak kali benda ni terjadi pada aku....
cakap siang lepas2..haha~

tadi nak aja jantung aku ni rasa cam nak tercabut...
tapi jangan salah faham dulu, bukannya maksud aku lepas2 tu mengutuk orang,
tapi turun ja daripada bas td, aku ternampak seseorang, 
excited punya pasal nak bercerita ngan anim, x sedar rupa-rupanya...jeng3~
orang yang dimaksudkan tu berada didepan mata...
o...o...terkantoi sudah aku..

tapi nasib aku baik, rupa-rupanya aku tersalah orang...kuang3~
so lepas ni kalau nak cakap siang, kenalah pandang2 n janganlah lepas2... :-)

Wednesday, November 24, 2010

LumRaH HiduP

setiap manusia pasti tidak akan lari daripada masalah

tiada siapa yang mahukan ia

namun ia pasti akan hadir

masalah selalu dianggap sebagai sesuatu yang meragut ketenangan hidup

namun satu benda yang selalu tidak disedari

masalah datang membawa 1001 makna

masalah banyak mengajar kita

ia merupakan guru yang terbaik supaya kita belajar menjadi lebih matang

"masalah memberikan pengalaman, pengalaman mendewasakan kita"

masalah juga menemukan kita dengan kawan yang sejati

yang kadang kala tidak kita sedari

masalah, dugaan, cabaran, merupakan lumrah dalam kehidupan...

apa yang perlu dilakukan adalah, bersabar, berdoa, dan berusaha supaya dipertemukan dengan jalan penyelesaian yang terbaik.

'setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya'


"aku minta pada tuhan stangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.
aku minta kupu2,diberi ulat berbulu.
aku sedih & kecewa.. namun kemudian,
kaktus tu berbunga,indah sekali.

& ulat itu menjadi kupu2 yg cantik.
itulah jln TUHAN,indah pd masanya."


hurmmmmmm....

adakah aku kuat..?
kdg kala hati berbisik...(arghh aku pasti ok)
adakah aku akan ok..?
pabila apa yang berada dfikiran tdk sama dengan apa yg ada dhati...(bila smuanya akan berakhir)
adakah semua ini akan berakhir...?
pabila mata x dapat lagi menahan air mata...(ni kali terakhir aku nangis)
adakah ini betul2 tangisan yang terakhir...?
hurmmmmm.....

Monday, November 1, 2010

3 hari 2 malam...

masa terasa cepat berlalu, 3 hari 2 malam berada di Padang Rengas memberikan aku 1001 pengalaman. Ada yang manis dan ada jugak yg masam..huhuhu~ rsa gembira dapat mencurahkan bakti kpada anak2 pelajar dsana.