sedikit teNtaNg aku

PeriNgaTan Yg AkAn SlaLU dI InGaTi~
" jgn terlalu berasa terikat @ memiliki"

Thursday, September 20, 2012

eh..aku ada blog (bru ingat) =.="

boring rsanya malam ni, online FB..ttba jumpa page Farah lee ( isteri ally) ada link blog dia..ttba teringat plak..rupanya aku ada blog jgk..hahhaha blog yg dah lama aku x jenguk..

well skung ni aku dah berpraktikal.... mula2 rsa neves la jgk nak berpraktikal..
tapi dah 3 bln berpraktikal mcm2 pngalaman yg aku dapat time praktikal ni, mn kan nak layan perangai anak murid yg mcm2 ragam..cikgu senior lagi..penat sgt rasanya..

ada jgk terlintas kat fikiran.."betul ke aku nak jadi ckgu ni" (bila time ada mslh la)
tapi bila tgk anak murid aku faham apa yg aku ajar..lupa semua mslh..

tapi hati kna bnyak bersabar..bkn sng nak jadi CIKGU... (besar tulisan aku tu, besar lagi tggungjawabnya)

berharap sgt2..waktu praktikal ni dapat mlatih aku tuk berkhidmat dgn lbh baik kelak bg mnddik anak bangsa! ho ho..... chaiyok!

Monday, April 25, 2011

eeuuu bengang je..!

hidup ada keadilan..
mcm mn tu..?

hidup msti jd baek..
ramai ke orang yg baek..?

hidup mesti rajin..
ramai ke yang tahu mksud rajin..?

hidup perlukan nasihat..
ramai yg hnya pandai bg nsihat, tp hidup sndri tak la baek sgt~

dalam dunia ni ada mcm2 jenis orang..
x sedar dri..
menyakitkan hati..
amat mengjengkelkan..
kadangkala kita akan jumpa yang,
baik hati..
amat memahami..
dan sedar diri..

kawan yang baek susah nak dcari~ :)

Tuesday, April 12, 2011

arnab yg mati N helmet

pagi td nak pg kls....jln dgn penuh keriangan, tetiba..

nmpk arnab yg comel terbaring sambil mata terbuka,
dengan nada yg terkejut...

"nim..! dia dh mati..."

jwpn yg condifen dr anim..

"x la, dia tdo.."

nak dapat kpastian aku pun pegang..huhuhu time tu dia dah keras, kesian arnab comel tu....


cite helmet pula bermula apabila aku n nim bjln2 dekat nak gelari seni...jln punya jln, tetiba nmpk cm ada pameran..apa lagi smgat je nak g tgk..

tgh asyik membelek hasil karya pelajar senior tetiba muncul satu suara..

"diumumkn ketibaan....."

aku n anim terpandng sesama sendri...bru nak wat prsmian ke, tgk kiri dan kanan, semua pelajar senior..time tu rsa cm nak letak je kpla dlm beg....huhuhuhu malu wei!!!!

so moral of the story..len kali serbu pakai HELMET..!

Monday, April 11, 2011

xpa...

hujan...turun mmbasahi bumi,
aku yg bru pulang dr kampus turut terkena tempiasnya....
sesungguhnya aku mmg suka benar hujan...

kadang kala bukan luaranku shaja dibasahi hujan..
kadang-kadang hati aku turut dihujani...
namun hujan ini berbeza,
kerana...
hujan dalam hati adalah sesuatu yg amat perit,

aku dihujani dengan pelbagai persoalan yg hanya mampu terungkap..
di dalam hati kecilku ini,

apa salahku..??
mengapa mereka buat aku begini..??
apa yang aku telah buat pada mereka..??
kenapa mereka bersikap begitu..??
pernahkan mereka fikir apa yg aku rsa..??
apa yg aku alami..??
mengapa mereka gemar menghukum tanpa mengadili..??

seringkali persoalan itu menghujani hati ku..
kadangkala hujan ini mengalir perlahan keluar drpada hati,
membasahi pipi...

tetapi aku masih lagi diam,
hanya mampu mengesat hujan yang membasahi pipi..


seringkali aku menyedapkan ati....

xpa..mungkin mereka x bersalah, aku yg salah...
xpa..mereka x sengaja...
xpa..manusia x pernah lari dr melakukan kesilapan...
xpa..Allah sentiasa bersama aku....

selagi dri ini mampu bertahan....

Thursday, April 7, 2011

DaUn Itu PernaH HidUP

Daun itu pernah hidup..
Bermula dari sekecil-kecil benih
Cuba bertahan untuk terus hidup
Walaupun kering tanahnya
Hujan tak kunjung tiba
Cahaya terlindung dek ranting tua
Benih itu terus membesar
Mengeluarkan pucuk-pucuk muda
Pucuk yang seterusnya melebar
Membesar menjadi daun yang lebat
Rimbun,
Akhirnya ia berjaya menggapai cahaya tinggi
Masa berganti masa
Daun cuba bertahan dek usia
Dari hijau menyegarkan
Kepada perang kekeringan
Akhirnya daun tidak dapat bertahan lagi
Tiada daya mencengkam ranting-ranting kecil
Ranting yang menjadi tempat bergantung tuk sekian lama
Perlahan-lahan ia gugur menyembah bumi
Namun hakikatnya,
Daun itu pernah hidup…
(nukilan: nor hasikin hashim, 12:25am, 6/4/2011)

Friday, March 4, 2011

apa yang kita mahu??

apa yang kita mahukan..??
satu persoalan yang mungkin  pernah bermain di minda setiap insan yang bergelar manusia...
kadangkala kita keliru dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini...
apa yang dikejar?
apa yang diharapkan?
dan apa yang menjadi kepentingan buat kita....
yang menjadi persoalanya, apa yang kita mahu....
adakalanya kita harus akur kerana tidak semua yang kita mahu akan menjadi milik kita,
jadi..apa yang boleh dilakukan adalah berusaha sehabis mampu, 
kenal pasti apa yang kita mahu, 
dan cuba dapatkan apa yang kita mahukan itu....


walau apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan.....

Sunday, February 27, 2011

muakk....

apa yang dimaksudkan dengan muak..????
ia bolehlah diandaikan sepeti..
makan benda yang sama berulang-ulang setiap hari..
atau bercakap mengenai topik yang sama berulang-ulang...
dan tiada siapa yang perasankannya...kesian sungguh!!! :P ( uppsss lari topik pulak..)
sebut pasal muak ni..aku dah muak ngn makanan kat sini...hukhukhuk...
lau beginilah keadanya..kurus kering la aku..
rindunya pada masakan mak....